Sunday, October 23, 2011

selamat pengantin Newww..

Kompang Di Palu
Pengantin Baru
Duduk bersanding
Tersimpul malu....

Wah..nyanyi lak aku kali nie..maaf lah yer  kalau liriknya salah...hihihi..ha mesti korang ingat aku yg nak kawin kan..kan..bukan aku lah yg nak kawin tp kawan mase sekolah2 dulu yg nak kawin..ramai jemputan kawin dr kawan2 aku untuk bulan dpn..dh mcm janji je diorang kan..ape pun aku doakan semoga bahagia ke anak cucu dan sehingga akhir hayat...

Monday, October 10, 2011

DiaM

Diam tak bermaksud org itu pendiam
Diam tak bermaksud org itu sombong
Diam tak bermaksud org itu lurus sahaja
Diam tak bermaksud kita buli org itu
Diam tak bermaksud kita tipu org itu
Diam tak bermaksud kita boleh permainkan dia
Diam tak bermaksud kita boleh perintah dia sesuka hati walhal dia tak melawan
Diam tak bermaksud kita boleh sesuka memalukan dia

Ingatlah walaupun kita jumpa org yang pada luarannya diam sahaja,tapi sebenarnya ada sesuatu yg disebaliknya....cuma mungkin seseorang itu tak nak tunjukkan sebenar diri dia...
Diam adalah lebih baik dr bercakap kosong yang tak berfaedah...


p/s: maaf jika tersilap kata..tak de kaitan ngn sape22 sekadar menulis sahaja..

Thursday, October 6, 2011

tanpamu

Tanpamu hidup jadi sunyi
Tanpamu ku seakan mati
Tanpamu bagai malam tanpa bintang

Chorus
Tanpamu aku akan tersesat
Tanpamu tiada lagi hasrat
Tanpamu seakan jantungku berhenti
Kau yang terindah dalam hidup ini
Dan tak akan pernah berubah selamanya
Aku terlahir hanyalah untuk kamu
Jadi pelindung dirimu
Tanpamu nafasku terhentiKeranamu aku ada disini
Tetap bersamaku selalu disampingku
Untuk selamanya

Chorus
Kasih yakinlah kepada dirimu
Sayang dan cinta ku pun hanya untuk mu
Dan takkan berubah untuk selamanya
Cintaku padamu


p/s : saje je nak berjiwang karat malam nie..hihi

Tuesday, October 4, 2011

On OFF

hari nie aku kje jelah mcm biase
Walaupun tak bape nak sihat..
huhuhu...
Badan oh badan...
Air cond dh ON je tu....jap rase jap tak rase air cond  
Bila ON kipas..ase seram sejuk lah pulak..
Bila OFF kipas ase panas lah pulak..
aiyaaaakk...


Batuk tak benti22..
Malas bebenor nak mam ubat..ada gak aku tdo kat ofis nie...

 Agak2 ada tak ea kipas yg kjp panas kjp sejuk??hihihi..aku nak p beli 1 lah ltk kat opis aku nie....

Monday, October 3, 2011

Ikan

Suatu pagi selepas balik dr pasar...

Emak  : tak de ikan lah ari nie?
Anak  : masak jelah ape yg ada mak...

Hari esoknya..
Emak : tak de ikan lah ari nie...
Anak : yelah mak..masak jelah ape yg ada...

Hari esoknya...
Emak : tak de ikan lah ari nie..
Anak  : hari2 mak ckp tak de ikan..aton tgk mak timah jiran sebelah ari2 ada bawa ikan...
Emak : ikan favorate mak tak de..tu sb tak de ikan ari nie...
Anak : arghhhh....

Buah Mangga

Pada suatu hari ada seorang pembeli yang sedang tawar-menawar dengan seorang penjual buah mangga.

Pembeli : "Bang, berapa harga mangga sekilo?"
Peniaga : "RM7!"
Pembeli : "Amboi, mahal sangat... RM5 sudah la!?"
Peniaga : "Tak boleh dik, harganya dah cukup murah tu!"
Pembeli : "Kalau tak manis, macam mana bang?"
Peniaga : "Kalau tak manis, tak payah bayar!"
Pembeli : "Kalau macam tu, bagi saya yang tak manis 10 kilo!"
Peniaga : "#$%@%&%????...

bAgus SangaT kew??

Setiap orang ada kelebihan dan kelemahan sendiri...
Antara kita sedar atau pun tidak...
Tapi dengan kelebihan yang kita ada..
Kita boleh menjadikan yang sempurna untuk diri sendiri
Walaupun kita ada sedikit kelemahan...

Tapi..tapi.....
Kenapa ada org lain cuba nak memalukan kita
Di atas kelemahan kita????
Adakah dia berasa sempurna??
Adakah dia berasa gembira apabila berbuat demikian?
Adakah dia merasa cukup hebat??


note: Maaf jika tersalah kata...luahan dr saya sendiri....

Friday, September 30, 2011

Bayar Atau CaLar

KUALA LUMPUR: Ia bukan masalah baru, namun kewujudan tempat letak kenderaan yang beroperasi tanpa lesen atau lebih dikenali parkir haram tumbuh bagai cendawan selepas hujan terutama di kawasan yang menjadi tumpuan ramai di sekitar ibu kota.
Awalnya kewujudan parkir haram terbabit mungkin memberi pilihan kepada orang ramai untuk membayar kadar parkir lebih murah berbanding tapak dalam bangunan, tetapi lama kelamaan ia mengundang banyak masalah.

Ini berlaku apabila penyedia parkir haram itu ‘memaksa’ pengguna membayar kepada mereka biarpun perkhidmatan terbabit tidak sah daripada segi undang-undang.
Situasi ini diakui pekerja swasta, Hafes Ramli, 27, terutama menjelang musim perayaan apabila permintaan meningkat mendadak walaupun pada lewat malam.


“Kewujudan parkir haram ini membebankan orang ramai kerana caj yang dikenakan tidak menentu, lebih-lebih lagi ketika musim perayaan.

“Caj sehingga RM15 sekali masuk dikenakan kepada orang ramai yang tiada pilihan kerana ketiadaan parkir,” katanya kepada Metroplus, baru-baru ini.

Malah, ada juga yang mengambil kesempatan dengan menjadikan kawasan pembahagi jalan sebagai tempat parkir dan mengenakan caj kepada orang ramai.

Namun, apabila pihak berkuasa seperti polis dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) datang, mereka berlagak seperti orang biasa dan membiarkan kenderaan itu disaman.
“Orang ramai tahu khidmat parkir tidak sah dan pengendalinya tidak berhak mengambil bayaran, tetapi pengguna tiada pilihan. Jika tidak membayar wang dikenakan, orang ramai bimbang sesuatu berlaku pada kenderaan seperti dicalarkan atau tayar dipancit.

“Keadaan ini pastinya menggalakkan lebih ramai individu yang akan mengambil kesempatan ke atas orang ramai melalui parkir haram,” katanya.

Selain itu, kedudukan parkir haram tidak strategik kerana biasanya mereka menggunakan kawasan lapang yang sangat hampir dengan jalan raya.

Hayati Mohd Saad, 37, berkata lokasi parkir haram di tepi jalan itu sering menjadi pilihan ramai kerana dianggap memudahkan mereka untuk meletakkan kenderaan.

“Tetapi ia menghalang kelancaran lalu lintas. Lebih-lebih lagi tindakan beberapa penjaga parkir yang sanggup menghentikan kenderaan lain bagi memberi laluan kenderaan yang hendak masuk atau keluar dari parkir haram berkenaan.

“Jika benar mereka mempunyai lesen sah, kenapa pihak berkuasa membenarkan kawasan itu dijadikan parkir sedangkan aktiviti yang dijalankan boleh menyebabkan kesesakan jalan dan menyusahkan orang lain,” katanya.

Katanya, pihak berkuasa dan orang ramai perlu bekerjasama bagi mengekang masalah parkir haram dari terus berleluasa.

Bagi Abd Rahmat Yahya, 28, kekurangan tempat parkir sah di satu-satu kawasan khususnya yang menjadi tumpuan ramai menyebabkannya terpaksa meletakkan kenderaan di kawasan parkir haram.

“Di mana saya hendak letak kenderaan jika semua tempat penuh. Jika ada sekali pun, kadar caj yang dikenakan terlalu mahal. Saya pernah membayar RM12 di kawasan terbuka berhampiran Menara DBKL (Dewan Bandaraya Kuala Lumpur) walaupun meletak kenderaan tidak sampai tiga jam.

“Lagipun saya tidak tahu satu-satu kawasan parkir itu haram atau tidak, kerana tidak pernah didedahkan dengan ciri-ciri parkir yang beroperasi secara sah,” katanya.

Sementara itu, jurucakap DBKL ketika dihubungi berkata, kemudahan tempat letak kereta disediakan untuk setiap bangunan di Kuala Lumpur kerana semua pemaju disyaratkan membuat kemudahan parkir berkadaran sama ada di dalam atau di luar bangunan.

“DBKL berperanan mengeluarkan lesen parkir kepada operator berkenaan dan setakat ini 21 operator pengendalian parkir di tempat terbuka yang mendapat lesen secara sah. Selain DBKL, pihak swasta juga terbabit dalam penyediaan tempat parkir untuk kegunaan pelanggan masing-masing.

“Bagi kawasan tempat terbuka, semua operasi parkir yang dibenarkan DBKL mempunyai ciri-ciri tertentu. Misalnya, semua parkir sah akan mempunyai pondok operasi serta mempunyai mesin untuk mencetak tiket parkir,” katanya.

Katanya, DBKL mempunyai perancangan untuk menyediakan kemudahan parkir bertingkat di luar pusat bandar khususnya di kawasan berhampiran yang terdapatnya pengangkutan awam seperti bas dan sistem Transit Aliran Ringan (LRT).

“Ia bertujuan menggalakkan orang ramai menggunakan kenderaan awam untuk ke pusat bandar, sekali gus mengurangkan jumlah kenderaan. Ia juga dilihat dapat mengatasi masalah kekurangan permintaan ke atas penggunaan tempat parkir di pusat bandar,” katanya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...